
Hari ini lps lunch, rasa nak tgk movie... lantas aku pun on laptop & search ada crta apa dlm hard disk.... aku tertarik dgn satu folder, 'Nabi Muhammad s.a.w'... aku pun tgk la crta tu sorang2 smp hbs dr pkl 12.00-1.35pm.
aku just nok kongsi tentang movie yg aku tgk tu. Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, org yg ingin memeluk agama ISLAM mendapat pelbagai rintangan dan halangan. mereka mempunyai semangat yg kuat dan teguh iman mereka...
menitis air mata aku tgk time mereka kena pukul, kena baling batu, x leh makan dll... mereka kuat dan sentiasa melaungkan "Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH"... bergetar jantungku dan sesak nafasku ketika dilaungkan kata2 itu...
digambarkan bagaimana kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam apa juga perkara. tidak kiralah dalam berperang ataupun menyebarkan dakwah. Nabi Muhammad s.a.w menyusun strategi sebelum melakukan sesuatu perkara dan bagaimana Nabi yang kita sayangi itu mengambil berat terhadap pengikutnya.. Betapa HEBAT & ISTIMEWANYA Nabi Muhammad SAW. Nabi yang merupakan nabi akhir zaman yg akan menerangi kehidupan manusia. Nabi Muhammad SAW juga merupakan kekasih ALLAH...
diceritakan ketika Sumaiyyah kena bunuh, betapa iman Sumaiyyah teguh kepada Allah yg Maha Esa... Sumaiyyah mati syahid... di saat Bilal diseksa, diletakkan batu besar atas dadanya, Bilal masih utuh mengucapkan "Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH".. mengalir air mataku tatkala melihat kesengsaraan mereka dan betapa mereka beriman kepada ALLAH SWT dan mencintai agama ISLAM.... agama yg SUCI...
Ya ALLAH,
aku hanya insan yg lemah,
yg kadang2 membuat kesilapan,
kealpaan aku,
kelalaian aku terhadapMu Ya ALLAH,
Ampunkan lah segala dosa2 ku,
Berikan lah aku PetunjukMu,
Kuatkan lah Iman aku Ya ALLAH,
Smga aku sentiasa dirahmantiMu,
Smga aku sentiasa dilindungiMu.....
"Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH"
No comments:
Post a Comment