Wednesday, December 29, 2010

Langkah Kehidupan



mlm ni semua keja x leh wat... mslh org lain, aku yg terganggu... tesis pun x start2 lg.. lect pulak dok kejan... aaarrrrgggg... tensionnya....

kdg2 aku terfikir, adakah langkah yg aku lakukan merupakan langkah terbaik dlm hidupku... langkah yg skrg ni, aku hrp dpt memberi sinar atau satu impian yg indah.. aku takut tersungkur di tengah jalan... melihat kebahagiaan org lain, kdg2 membuatkan aku cemburu...eeeeee, jht jugak aku ni yee... tp cemburu aku tu memotivasikan aku utk menjadi lbh baik. baik kata mantan PM kita " Cemerlang, Gemilang, Terbilang"..

Menurut Teori Maslow, manusia tidak pernah puas dgn apa shja yang mereka ada kerana satu-satu keperluan dipuaskan, akan wujud pula keperluan lain yang untuk dipuaskan... aku stju dgn teori tersebut kerana manusia terlalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dlm hidupnya, cthnya dlm exam, msti semua nak A kan, ada ke yg nak C, D@E (xcept org yg x study la).. Manusia yg berusaha mensti menginginkan sesuatu dlm hidupnya... for me, untuk menjadi yang terbaik, kita juga mst ada prinsip hidup.. jgn kita mempergunakan org lain utk kejayaan kita, "lebih baik menjadi INSAN BIASA, seandainya menjadi INSAN TERHEBAT akan membuatkan org lain menyumpah anda"... guna cara yg betul pasti akan mncul juga kejayaan, walaupun lambat tp ia bagaikan mutiara yang sukar dicari... apabila dpt pasti kita akan menghargai dan bersyukur atas segalaNya...

Knp tiba2 mlm ni aku berfalsafah la pulak... sedihnya.. semua keja aku x siap mlm ni.. dok melayan perasaan je... k, aku nak tido dah... lg byk berfikir, membuatkan pening.. kdg2 x berfikir, wat ikut suka je, best jugak (tp akan menyesal kemudian hari)... so, aku kena handle tension aku sebaik mungkin. hopefully, bangun tidur nnt aku dah ok n can solve that problems... INSYAALLAH....

- Gud nite n Sweet Dreams -

Monday, December 13, 2010

Thursday, November 4, 2010

Kekasih ALLAH s.w.t



Hari ini lps lunch, rasa nak tgk movie... lantas aku pun on laptop & search ada crta apa dlm hard disk.... aku tertarik dgn satu folder, 'Nabi Muhammad s.a.w'... aku pun tgk la crta tu sorang2 smp hbs dr pkl 12.00-1.35pm.

aku just nok kongsi tentang movie yg aku tgk tu. Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, org yg ingin memeluk agama ISLAM mendapat pelbagai rintangan dan halangan. mereka mempunyai semangat yg kuat dan teguh iman mereka...

menitis air mata aku tgk time mereka kena pukul, kena baling batu, x leh makan dll... mereka kuat dan sentiasa melaungkan "Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH"... bergetar jantungku dan sesak nafasku ketika dilaungkan kata2 itu...

digambarkan bagaimana kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam apa juga perkara. tidak kiralah dalam berperang ataupun menyebarkan dakwah. Nabi Muhammad s.a.w menyusun strategi sebelum melakukan sesuatu perkara dan bagaimana Nabi yang kita sayangi itu mengambil berat terhadap pengikutnya.. Betapa HEBAT & ISTIMEWANYA Nabi Muhammad SAW. Nabi yang merupakan nabi akhir zaman yg akan menerangi kehidupan manusia. Nabi Muhammad SAW juga merupakan kekasih ALLAH...

diceritakan ketika Sumaiyyah kena bunuh, betapa iman Sumaiyyah teguh kepada Allah yg Maha Esa... Sumaiyyah mati syahid... di saat Bilal diseksa, diletakkan batu besar atas dadanya, Bilal masih utuh mengucapkan "Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH".. mengalir air mataku tatkala melihat kesengsaraan mereka dan betapa mereka beriman kepada ALLAH SWT dan mencintai agama ISLAM.... agama yg SUCI...

Ya ALLAH,
aku hanya insan yg lemah,
yg kadang2 membuat kesilapan,
kealpaan aku,
kelalaian aku terhadapMu Ya ALLAH,
Ampunkan lah segala dosa2 ku,
Berikan lah aku PetunjukMu,
Kuatkan lah Iman aku Ya ALLAH,
Smga aku sentiasa dirahmantiMu,
Smga aku sentiasa dilindungiMu.....
"Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH"

Monday, October 18, 2010

Before @ After (LOVE)



Apa itu CINTA....Cinta mana yg lebih bermakna.... Cinta Bfre kawen @ aftr kawen......

aku rasa setiap ada ada perspektif masing2...
myb ada org kata klu cinta bfre kawen ni, senang skt coz dah kenal hati budi... dah tahu perangai pasangan mcm mana...
tp ada juga yg ckp cinta lps kawen lbh nikmat dan diredhaiNya....

kebanyakan klu cinta lps kawen, mst perkahwinan yg diatur olh fmly... kwn aku ada ckp, klu kawen ikut pilihan keluarga sllunya BAHAGIA... klu pilih sndri X SEMESTINYA BAHAGIA... itu kata diorg la...

bg aku cinta bfre kawen@lepas kawen x menjamin sama ada perkahwinan itu akan kekal @ tidak... itukan semuanya bergantung kepada pasangan itu masing2... setia,jujur&syg kpd pasangan, insyallah hubungan ajan berkekalan.

tp klu kita lihat dr perspektif ISLAM, lebih baik cinta lps kawen... ini dapat mengelakkan berlakunya maksiat klu asyik sgt bercinta bfre kawen ni... klu pandai jaga hubungan x pe la... kadang2 aku terfikir ada x couple yg sembang jauh2, x dating berdua2 (bawa kawan bila dating), x pegang2, telefon pun sekejap je (x sampai seminit).... klu ada pun, x byk la....

aku ada kenal seorg kakak ni.... dia sll bercerita psl hidup dia.. dia prnh ckp yg dia bercinta slps kawen... dia dikenalkan oleh kawan dia.. kmdian si lelaki dtg rmh pmpn tu nak tgk mcm mana (first time diorg jumpa kat rmh).... x smp 1/2 jam, lelaki terus merisik... dan terus ajak kawen... akak tu terus stju... aku ada la tya akak tu,"cptnya akak stju"... kmdian akak tu ckp "akak pun x tau mcm mana blh stju.. akak dgr je suami akak tya, akak angguk je... spontan je...mula2 akak igtkan suami akak nak ajak tunang dulu tp tdk... dia ckp bln depan nak kawen...."
mungkin itu yg dikatakan JODOH......

so, cinta bfre@slps kawen ni semuanya ada hikmahNya... Aku sgt berharap agar remaja2 skrg ni pandai jaga diri dan juga kehormatan... jgn terikut sgt dgn nafsu dan godaan.... perbanyakan zikir dan doa supaya kita sentiasa dilindungiNya.....

Wednesday, October 13, 2010

Kawan



kadang2 kita terasa apa yg kawan kita kata kpd kita... myb dia hanya bergurau tapi klu nak bergurau pun biarlah bertempat.. ni tengah kita sedih2 pun nak kata mcm tu...
huhu... :(
kat blog ni la, aku coretkan apa yg aku rasa...

aku tujukan puisi ini pada org yg membuatkan aku sedih mlm ini...

Tajuk: Sukarnya....

kenapa susahnya utk kau fahami...
kenapa sukarnya utk kau mengerti..
apa yg aku rasa, apa yg aku kilankan....
kadang2 kata2 mu itu membuatkan aku terguris,
membuatkan aku makin sedih...makin hiba....
kau lihat aku sentiasa senyum..
tetapi tahukah engaku di sebalik senyuman ini mempunyai pelbagai rahsia...
senyuman yg terukir ini adakah ikhlas...
adakah dibuat2, adakah terpaksa...
seandainya kau cuba mengerti, kau cuba memahami..
pasti tiada persengketaan di persahabatn kita...
namun, aku harap kau mengerti siapa diriku suatu hr nanti..
aku susah untuk menyatakan apa yg aku rasa...
bkn kerana aku hipokrit tetapi aku tak nak adanya masalah yg timbul..
selagi terdaya aku utk menanggungnya..
akan aku teruskan....


Bagi aku, kat dunia ni... x dak siapa yg PERFECT.. kita saling memerlukan antara satu sama lain... Tapi untuk membuatkan seseorang utk memahami kita, ia memerlukan masa.... tp adakah orang itu menggunakan masa yg ada itu dengan sebetulnya...

Jgnlah kita menghargai seseorang itu selepas dia jauh dari pandangan kita... berilah kasih sayang seadanya, tidak kira siapakah DIA.... love is subjective...

Tuesday, October 12, 2010

10.10.2010



10.10.2010.... tarikh yg sgt cantik dan menarik... aku rasa tarikh tu ada 1 keistimewaannya yg tersendiri... aku ni bkn la arif sgt nak meramal2 ni... tp aku rasa aje laa.. coz apb dicampurkan angka2 yg ada kat tarikh tu menunjukkan no.ganjil... ini just suka2 je laa... hehehe....

Ada yg ambk kesempatan that date utk kawen, bertunang dan mcm2 lg... hari ni, aku nak share bkn tentang aku TAPI tentang my cousin, Ana...

Dia dan suaminya memilih tarikh tu utk hari bersejarah buat mereka bergelar suami isteri... aku tgk hari tu, Ana sgt cantik dan berseri... myb itulah dikatakan seri pengantin... 1 lg org tua2 kata klu nak berseri time kawen nnt, jgn ambk gambr bersama2 time tunang coz nnt time kawen nnt kurang dah seri... tapi x tau la betul ke benda tu... klu x silap aku la, time Ana bertunang mmg dia x ambk gmbr dgn tunang dia... tunang dia x dtg pun... dtg pun ptg aje, slps majlis selesai...

smbg crta pasai cousin aku kawen.... aku sangat bangga kat dia coz kesemua baju kawen dan akad nikah, dia wat sndri... cantik pulak tu.... yg paling aku suka baju kad nikah dia yg kaler putih tu yg dihias skli dgn bunga2 kecil kaler pink.... so amazing... itulah untungnya klu ada skil wat baju ni... klu aku la, mst aku tempah kat kedai aje... aku bkn pandai pun menjahit, ni nak wat bj pengantin, confirm aku menyerah... hahaha... :)

tp aku rasa klu kita wat bj pengantin sendiri, kita akan rasa lebih nikmat & syok... kita jahit sendiri baju utk kita pakai time kawen, its so sweet.... bfre aku lupa, pengantin lelaki mai dgn menunggabg motor berkuasa besar... bkn 1 mtr tu, tp byk.. ada la kot kat 15 mtr... sama cantik sama padan...

smga cousin aku dan suamninya berbahagia sll dan berpanjangan ke akhir hayat... aminnnn.........

Tuesday, September 14, 2010

'bila nak kahwin'


Kebelakangan ni aku sering ditanya tentang satu perkara ini.... entah la.. aku pun x tau ape sbbnya.... aku just ignored what they said to me....

ada kawan aku si sham bgtau kat aku yg kaum wanita ni ada 2 perkara yg sensitif mengenai mereka..
1. umur
2. berat

tp aku rasa ada 1 lg kena tambah iaitu status apabila wanita itu nak dekat @pun sudah mencapai umur 25thn... time tu la ramai org nak tya, "bila nak kawen... dah ada ke belum.... pasai pa x dak lg.... mesti dok jual mahal ni...." mcm2 la.. aku malas nak layan...

kadang2 terasa la juga.. tp entah la.. aku pun x pasti.. nak kata aku jual mahal, x dak la pulak.. x ada pun laki2 yg bgtau suka kat aku.. mcm mana blh dikatakan jual mahal.. sedangkan x dak org pun yg suka kat aku... nak kata aku ni ugly sgt rasanya x ada la sgt, biasa2 saja... hahaha.. perasan la pulak...

abg aku sll cakap mcm ni kat aku "aku x kawen lg x pa la, aku lelaki.. hg tu pmpuan lain..." aku x puas hati jiga apa yg dia ckp... dia kata kat aku, yg aku kena usaha juga mencari.. sedangkan aku rasa jdh pertemuan itu sudah ditentukan oleh ALLAH swt... cuma masanya blm tiba lg....

biarla apa org nak kata.. asalkan aku BAHAGIA dgn hidup aku.. walaupun x dak bf, aku stil ada mak ayah yg paling aku sayang... ada aku kisah apa orang nak kata.... just lalu kehidupan ini seperti biasa, insyaAllah, pasti ada yg tersirat di sebalik laluan tersebut...

Thursday, September 9, 2010

Kerinduaan Ramadhan


Sdh lama aku x mencoret di blog ini... mlm ni tiba2 aku terpanggil utk mencoret kan sesuatu.... Sekejap je Ramhdan dah nak hbs.. just tinggal 1hari lg, muslimin dan muslimat akan menyambut lebaran...

aku terasa sayu hendak meninggalkan ramadhan.. Ramadhan yg mempunyai berjuta rahmat kpd manusia.. Ramadhan yg membuatkan berpusu-pusu org ke masjid utk menunaikan solat sunat terawikh, dan juga bagi sedekah...

kdg2 aku terfikit knp time Ramadhan saja, sll begitu.. sedangkan solat 5 waktu, org x berpusu-pusu pun ke masjid... sedangkan solat 5waktu tu WAJIB tp kenapa bln Ramadhan selalu memanggil orang Islam ke masjid bkn bln lain ... aku pun x terkecuali utk menunaikan tarawikh... aku dpt rasakan diriku makin dekat dgn Tuhan.... mengalir airmata....

aku ada tgk malay telemovie on tv3.... ada kata2 yg menyentuh hatiku
"cinta kpd manusia hanya dipinjamkan oleh Allah kpd umatNya, seandainya Allah ingin menarik balik cinta itu maka berakhirlah sebuah cinta kpd manusia.."

klu la cinta kpd manusia hanya suatu pinjaman, betapa besarnya anugerah sebuah cinta.. tp kenapa ada org mempermainkan anugerah itu.. aku sgt berharap agar anugerah cinta itu dapat kuhargai sebelum ia pudar... aku berharap pudarnya sesuatu cinta itu bkn disebabkan nafsu manusia itu sendiri, yg tdk prnh puas dgn apa yg dimiliki.. jauhkan lah aku dr sifat sebegitu...

aku hanya insan yg lemah.. yg sentiasa mengharapkan perlindungan dan petunjuk dariNya... smga d bln yg baik ini, aku dpt mempertingkatkan amal ibadat dan memperbaiki diri aku ini... setiap malam Ramadhan memepunyai rahmat tersendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkan rahmat tersebut... smga kita semua sentiasa mandapat Hidayah dr Allah SWT...


Sekian....

Tuesday, February 16, 2010

Madah Cinta


Hubungan cinta memerlukan kata-kata cinta yang puitis dan indah yang mampu menyemarakkan kehangatan cinta. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Monday, February 15, 2010

Kehidupan



Kehidupan kita sesuatu yang misteri... Andai kita tahu apa yg akan terjadi esk, msti hidup kita akan bahagia. Namun, kita lupa bukan semua orang di dunia ini baik, ada juga yg jahat. Semua manusia mempunyai keinginan, kehendak yg berlainan. Senang nak kata NIAT la.. Msti akan berlaku ssutu kalau masa depan diketahui oleh orang yang jahat. Msti akan berlakunya pergaduhan, gila kuasa, mcm2 la. So, setiap perkara yg dicipta oleh Allah adalah yg terbaik.

Kita mesti percaya bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Andainya, kita terluka kita hendaklah bersabar, byk2 la baca Al-Quran. Msti hati akan lebih tenang. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..