Tuesday, September 14, 2010

'bila nak kahwin'


Kebelakangan ni aku sering ditanya tentang satu perkara ini.... entah la.. aku pun x tau ape sbbnya.... aku just ignored what they said to me....

ada kawan aku si sham bgtau kat aku yg kaum wanita ni ada 2 perkara yg sensitif mengenai mereka..
1. umur
2. berat

tp aku rasa ada 1 lg kena tambah iaitu status apabila wanita itu nak dekat @pun sudah mencapai umur 25thn... time tu la ramai org nak tya, "bila nak kawen... dah ada ke belum.... pasai pa x dak lg.... mesti dok jual mahal ni...." mcm2 la.. aku malas nak layan...

kadang2 terasa la juga.. tp entah la.. aku pun x pasti.. nak kata aku jual mahal, x dak la pulak.. x ada pun laki2 yg bgtau suka kat aku.. mcm mana blh dikatakan jual mahal.. sedangkan x dak org pun yg suka kat aku... nak kata aku ni ugly sgt rasanya x ada la sgt, biasa2 saja... hahaha.. perasan la pulak...

abg aku sll cakap mcm ni kat aku "aku x kawen lg x pa la, aku lelaki.. hg tu pmpuan lain..." aku x puas hati jiga apa yg dia ckp... dia kata kat aku, yg aku kena usaha juga mencari.. sedangkan aku rasa jdh pertemuan itu sudah ditentukan oleh ALLAH swt... cuma masanya blm tiba lg....

biarla apa org nak kata.. asalkan aku BAHAGIA dgn hidup aku.. walaupun x dak bf, aku stil ada mak ayah yg paling aku sayang... ada aku kisah apa orang nak kata.... just lalu kehidupan ini seperti biasa, insyaAllah, pasti ada yg tersirat di sebalik laluan tersebut...

Thursday, September 9, 2010

Kerinduaan Ramadhan


Sdh lama aku x mencoret di blog ini... mlm ni tiba2 aku terpanggil utk mencoret kan sesuatu.... Sekejap je Ramhdan dah nak hbs.. just tinggal 1hari lg, muslimin dan muslimat akan menyambut lebaran...

aku terasa sayu hendak meninggalkan ramadhan.. Ramadhan yg mempunyai berjuta rahmat kpd manusia.. Ramadhan yg membuatkan berpusu-pusu org ke masjid utk menunaikan solat sunat terawikh, dan juga bagi sedekah...

kdg2 aku terfikit knp time Ramadhan saja, sll begitu.. sedangkan solat 5 waktu, org x berpusu-pusu pun ke masjid... sedangkan solat 5waktu tu WAJIB tp kenapa bln Ramadhan selalu memanggil orang Islam ke masjid bkn bln lain ... aku pun x terkecuali utk menunaikan tarawikh... aku dpt rasakan diriku makin dekat dgn Tuhan.... mengalir airmata....

aku ada tgk malay telemovie on tv3.... ada kata2 yg menyentuh hatiku
"cinta kpd manusia hanya dipinjamkan oleh Allah kpd umatNya, seandainya Allah ingin menarik balik cinta itu maka berakhirlah sebuah cinta kpd manusia.."

klu la cinta kpd manusia hanya suatu pinjaman, betapa besarnya anugerah sebuah cinta.. tp kenapa ada org mempermainkan anugerah itu.. aku sgt berharap agar anugerah cinta itu dapat kuhargai sebelum ia pudar... aku berharap pudarnya sesuatu cinta itu bkn disebabkan nafsu manusia itu sendiri, yg tdk prnh puas dgn apa yg dimiliki.. jauhkan lah aku dr sifat sebegitu...

aku hanya insan yg lemah.. yg sentiasa mengharapkan perlindungan dan petunjuk dariNya... smga d bln yg baik ini, aku dpt mempertingkatkan amal ibadat dan memperbaiki diri aku ini... setiap malam Ramadhan memepunyai rahmat tersendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkan rahmat tersebut... smga kita semua sentiasa mandapat Hidayah dr Allah SWT...


Sekian....